Garis Masa
Disusun mengikut usia Nabi ﷺ dalam tahun qamari. Tarikh mengikut pendapat masyhur Ibn Ishaq dan Ibn Hisham; perbezaan pendapat dicatat di bawah setiap peristiwa.
Sebelum Kenabian
-
0tahun
Rabiul Awwal, Tahun Gajah, ± 571 M
Kelahiran Nabi Muhammad ﷺ
Dilahirkan di Makkah dalam Bani Hasyim, selepas kematian bapanya Abdullah.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Wiladah Rasulullah ﷺ; Sahih Muslim no. 1162
-
6tahun
± 577 M
Wafat ibunda Aminah di al-Abwa'
Dalam perjalanan pulang dari Yathrib, Aminah wafat di al-Abwa'. Baginda dijaga datuknya Abdul Muttalib.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Wafat Aminah
-
8tahun
Wafat Abdul Muttalib
Penjagaan Baginda berpindah kepada bapa saudaranya, Abu Talib.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Wafat Abdul Muttalib
-
25tahun
± 595 M
Perkahwinan dengan Khadijah binti Khuwailid
Selepas berniaga ke Syam membawa barang dagangan Khadijah, Baginda berkahwin dengannya. Khadijah pernah berkahwin dua kali sebelum itu.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Zawaj Khadijah; al-Tabaqat al-Kubra Ibn Sa'd — tarjamah Khadijah
-
35tahun
Pembinaan semula Kaabah dan peristiwa Hajar Aswad
Quraisy bertelagah tentang siapa meletakkan Hajar Aswad; Baginda menyelesaikannya dengan kain yang diangkat bersama oleh wakil setiap kabilah.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Bunyan al-Kaabah
Era Makkah
-
40tahun
Ramadan, ± 610 M
Wahyu pertama di Gua Hira'
Jibril datang membawa ayat-ayat awal Surah al-'Alaq. Khadijah membawa Baginda bertemu Waraqah bin Naufal, sepupunya.
Rujukan: Sahih al-Bukhari no. 3; Sirah Ibn Hisham — bab Mab'ath
-
43tahun
Rumah al-Arqam menjadi pusat dakwah
Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam di Bukit Safa menjadi tempat pertemuan rahsia Nabi ﷺ dengan sahabat.
Rujukan: al-Tabaqat al-Kubra Ibn Sa'd — tarjamah al-Arqam
-
45tahun
Rejab, tahun ke-5 kenabian, ± 615 M
Hijrah pertama ke Habsyah
Sekumpulan sahabat berhijrah ke Habsyah di bawah perlindungan Raja Najasyi.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab al-Hijrah al-Ula ila al-Habsyah
-
47tahun
Tahun ke-7 hingga ke-10 kenabian
Pemulauan Bani Hasyim di Syi'b Abi Talib
Quraisy menulis piagam memulaukan Bani Hasyim dan Bani al-Muttalib selama kira-kira tiga tahun.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab al-Sahifah
-
50tahun
Tahun ke-10 kenabian, ± 619 M
Tahun Kesedihan — wafat Abu Talib dan Khadijah
Dua pendukung utama Baginda wafat dalam tahun yang sama.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Wafat Abi Talib wa Khadijah
-
50tahun
Syawal, tahun ke-10 kenabian
Dakwah ke Ta'if dan jiwar Mut'im bin Adi
Ditolak di Ta'if, Baginda pulang ke Makkah di bawah perlindungan (jiwar) Mut'im bin Adi, seorang musyrik.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Sa'yuhu ila Thaqif
-
51tahun
Israk dan Mikraj
Perjalanan malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit, menunggang Buraq.
Rujukan: Sahih al-Bukhari no. 3887; Sahih Muslim no. 162
-
52tahun
Musim haji tahun ke-12 dan ke-13 kenabian, 621–622 M
Bai'ah Aqabah Pertama dan Kedua
Penduduk Yathrib dari Aus dan Khazraj berbai'ah kepada Nabi ﷺ, membuka jalan Hijrah.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab al-'Aqabah al-Ula, al-'Aqabah al-Thaniyah
Era Madinah
-
53tahun
Rabiul Awwal, 1H, 622 M
Hijrah ke Madinah
Bersama Abu Bakar, Baginda bersembunyi tiga malam di Gua Thawr. Abdullah bin Uraiqit, seorang musyrik dari Bani al-Dil, diupah sebagai penunjuk jalan; Amir bin Fuhairah menghapuskan jejak dengan kambing.
- Gua Thawr
- Abu Bakar al-Siddiq
- Amir bin Fuhairah
- Abdullah bin Uraiqit
- Baca: Benarkah Nabi ﷺ Minta Bantuan Yahudi Ketika Berhijrah ke Madinah?
Rujukan: Sahih al-Bukhari no. 2263; Sirah Ibn Hisham — bab Hijrah al-Rasul ﷺ
-
53tahun
1H
Masjid Nabawi dan Piagam Madinah
Pembinaan Masjid Nabawi, persaudaraan Muhajirin–Ansar, dan perjanjian bertulis dengan Yahudi Madinah.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Kitab Rasulullah ﷺ bayna al-Muhajirin wa al-Ansar; al-Rawd al-Unuf al-Suhayli
-
54tahun
17 Ramadan, 2H, 624 M
Perang Badar
Kemenangan besar pertama umat Islam. Ali bin Abi Talib menyaksikan sahabat berlindung di belakang Nabi ﷺ yang paling hampir dengan musuh.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Ghazwah Badr; Uyun al-Athar Ibn Sayyid al-Nas
-
55tahun
Syawal, 3H, 625 M
Perang Uhud
Baginda cedera, dan membunuh Ubay bin Khalaf dengan tombak. Ubay mati di Sarif dalam perjalanan pulang.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Ghazwah Uhud; Maghazi al-Waqidi (sumber lemah)
-
57tahun
Syawal, 5H, 627 M
Perang Khandaq (Ahzab)
Madinah dikepung gabungan kabilah. Selepasnya Baginda bersabda, "Sekarang kita menyerang mereka, bukan mereka menyerang kita."
Rujukan: Sahih al-Bukhari no. 4110; Sirah Ibn Hisham — bab Ghazwah al-Khandaq
-
57tahun
Zulkaedah, 5H
Pengepungan Bani Quraizah
Kira-kira sebulan pengepungan selepas pengkhianatan ketika Khandaq.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Ghazwah Bani Quraizah
-
58tahun
Syaaban, 6H
Ghazwah Bani al-Mustaliq (al-Muraisi')
Ekspedisi ke perigi al-Muraisi'.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Ghazwah Bani al-Mustaliq
-
58tahun
Zulkaedah, 6H, 628 M
Perjanjian Hudaibiyah
Sekitar 1,400–1,500 sahabat keluar untuk umrah; berakhir dengan perjanjian damai dengan Quraisy.
Rujukan: Sahih al-Bukhari — Kitab al-Syurut; Sirah Ibn Hisham — bab Amr al-Hudaibiyah
-
59tahun
Muharram, 7H, 628 M
Pembukaan Khaibar
Tanah dan kebun kurma diserahkan kepada Yahudi Khaibar untuk diusahakan dengan pembahagian separuh hasil — asas akad musaqah.
- Khaibar
- Baca: Benarkah Nabi ﷺ Minta Bantuan Yahudi Ketika Berhijrah ke Madinah?
- Baca: Mike Tyson vs Nabi Muhammad ﷺ — Usia Hanyalah Angka
Rujukan: Sahih Muslim no. 1551
-
60tahun
Jamadil Awwal, 8H, 629 M
Perang Mu'tah
Pertembungan pertama dengan tentera Rom di wilayah Syam; tiga panglima syahid berturut-turut.
Rujukan: Sahih al-Bukhari no. 4261; Sirah Ibn Hisham — bab Ghazwah Mu'tah
-
60tahun
Ramadan, 8H, 630 M
Pembukaan Kota Makkah
Makkah dibuka hampir tanpa pertumpahan darah; berhala di sekitar Kaabah dimusnahkan.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Fath Makkah
-
60tahun
Syawal, 8H
Perang Hunain
Ketika ramai berundur, Baginda mara di atas baghal putih sambil bersabda, "Aku Nabi, tidak berdusta; aku anak Abdul Muttalib." Abbas dan Abu Sufyan bin al-Harith memegang baghal Baginda.
Rujukan: Sahih al-Bukhari no. 2864; Sahih Muslim no. 1776
-
61tahun
Rejab, 9H, 630 M
Ekspedisi Tabuk
Ekspedisi terbesar ke utara dalam musim panas dan kesempitan.
Rujukan: Sirah Ibn Hisham — bab Ghazwah Tabuk
-
62tahun
Zulhijjah, 10H, 632 M
Haji Wada'
Haji terakhir Baginda. Dalam khutbahnya riba jahiliah dihapuskan, bermula dengan riba al-Abbas.
Rujukan: Sahih Muslim no. 1218
-
63tahun
Rabiul Awwal, 11H, 632 M
Wafat Rasulullah ﷺ
Baginda wafat di rumah Aisyah pada hari Isnin. Abu Bakar dilantik sebagai khalifah.
Rujukan: Sahih al-Bukhari — Kitab al-Maghazi, bab Marad al-Nabi ﷺ wa Wafatuh